Wednesday, September 26, 2018

BBM 3410/18 : AKU YANG KALUT

Pertama sekali, aku ingin memperkenalkan diriku. Namaku Nurul Shuhada binti Mohd Azhar bernombor matrik 183213. Aku berasal dari sebuah negeri yang dikenali sebagai negeri terbesar dan mempunyai sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. Kalau kalian belajar geografi, mesti kalian dapat teka dari negeri mana aku berasal kan?

Aku adalah pelajar di salah sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia iaitu UPM. Aku merupakan pelajar tahun akhir di salah sebuah fakulti yang dikatakan antara fakulti tertua di universiti ini. Mesti ada yang tertanya-tanya kerana terdapat beberapa fakulti yang dapat digelar fakulti veteran di sini. Jadi, untuk meredakan tanda tanya tu, aku bagitahu di sini Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi (FBMK). 

Sesungguhnya aku teruja apabila ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di sini. Salah satu sebabnya adalah aku memang mengidamkan untuk memasuki salah satu universiti terkemuka di Malaysia. Hari silih berganti bulan, bulan silih berganti tahun.  Sedar tak sedar aku sudah berada di tahun akhir pengajian di sini. Tanpa kusedar juga, diri ini perlu menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA). Pada masa yang sama juga, aku perlu bergelut dengan beberapa subjek yang perlu kuambil bagi memenuhi syarat-syarat bergraduat. 

Namun begitu, aku menjalani semester ini dengan hati yang sangat gembira kerana subjek yang aku perlu ambil amat menyeronokkan bagi diriku. Buat pertama kalinya aku merasakan bertuah kerana bertemu dengan Prof.Dr Normaliza Abd Rahim yang mengajarku subjek Multimedia dalam Bahasa. Kelas ini amat menyeronokkan kerana aku tidak perlu membuat kertas kerja secara bertulis untuk di hantar seperti subjek-subjek lain. Sememangnya kelas ini lain daripada yang lain. Aku dan rakan sekumpulan perlu bekerjasama untuk menghasilkan projek mengikut kreativiti kami dan lebih gembira lagi apabila kami perlu berkongsi di media sosial seperti Instagram. Namun, perbezaan ini membuatkan aku sedikit kalut dan lucu dengan diri sendiri. 

Setakat di sini sahaja pengenalan diriku. Aku akan berkongsi cerita yang lain di 'posting' seterusnya. Selamat membaca semua.

2 comments:

  1. chumel nye Shuuu... cantik2 tu nak ke mana?? hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh...malulah saya... biasa-biasa je..tak chumel mana pun...

      Delete

BBM3410/18 : KALENDAR 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan hasil daripada aku belajar membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop. Al...