Wednesday, September 26, 2018

BBM 3410/18 : Asas Grafik Tugasan Pertama yang Mendebarkan

Pada hari Rabu (12/9/2018) merupakan hari pertama dalam minggu pertama akademik. Aku memasuki kelas Prof Dr Normaliza Abd Rahim. Pada hari tersebut, aku berdebar untuk memasuki kelas Prof. kerana ini merupakan kelas pertama aku dengannya. Pelbagai perasaan ini kucuba tepis agar tenang untuk aku fokus di dalam kelas.

Apabila Prof. mula memasuki kelas dan memperkenalkan diri, aku dapat merasakan bahawa Prof seorang yang mudah mesra dan suka berlawak. Prof memulakan kelas dengan menerangkan rangka kursus subjek BBM 3410 Multimedia dalam Bahasa. Melalui penerangan rangka ini, aku dapat memahami serba sedikit apa yang akan aku pelajari selama 14 minggu aku di sini. Prof juga menegaskan beberapa perkara lain yang perlu dititikberatkan di dalam kelasnya. Antaranya ialah mematuhi masa. Bak katanya 'punctual'. Amatb penting untuk semua pelajar datang tepat pada masanya kerana apa-apa maklumat yang disampaikan mungkin  akan tercicir kerana datang lambat. Seterusnya ialah mengenai pakaian. Setiap pelajar hendaklah berpakaian kemas, kasut bertutup dan dilarang sama sekali memakai selipar. Baju dan seluar juga hendaklah kemas dan nampak 'smart' bak katanya.

Kelas ini memerlukan setiap pelajar mempunyai buku teks. Buku teks ini akan digunakan sepanjang 14 minggu kuliah berlangsung. Sesiapa yang sudah ada buku tersebut tidak perlu membeli. Tetapi bagi yang masih belum ada hendaklah membuat pembayaran dalam minggu tersebut atau minggu berikutnya. Setiap pelajar hendaklah mempunyai buku teks sendiri dan dilarang meminjam orang lain punya.

Seterusnya, kami perlu dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi tujuan tugasan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang dan perlu ada lelaki dan perempuan. Kelas agak heboh sekejap kerana masing-masing berlumba-lumba mencari ahlu kumpulan. Prof juga memberi pesanan mesra agar pelajar membawa beberapa barang yang disenaraikan untuk digunakan pada minggu hadapan. Apa barangnya? Boleh sambung baca di bawah.

Setelah pelbagai keterangan diberikan di dalam kelasnya, Prof mengingatkan para pelajar untuk membawa beberapa bahan pada minggu berikutnya untuk membuat projek. Antara bahan-bahan yang penting untuk dibawa ialah mounting board bersaiz A4 sebanyak 6 keping dan berwarna hitam, gam uhu jenis 'stick', majalah lama yang kelihatan 'glossy', gunting, penebuk lubang, reben, dan pisau kecik. Apa yang akan kami buat ya? Tunggu pada 'posting' seterusnya. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca.


No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : KALENDAR 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan hasil daripada aku belajar membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop. Al...