Hari ini merupakan hari yang mendebarkan bagi kami semua terutamanya aku yang kalut. Macam mana tak rasa berdebar kalau tugasan apa yang akan kita laksanakan pun kita sendiri tak tahu. Fuhh (baca doa dalam hati). Apabila Prof masuk kelas, beliau memberikan keterangan tentang tugasan yang perlu dibuat. Lega rasanya apabila teka-teki dari minggu lepas terungkai sudah.
Kami secara berkumpulan perlu melakukan tugasan mencari gambar yang mempunyai elemen Asas Grafik dan seterusnya mendapatkan persetujuan Prof sebelum dilekatkan di 'mounting board'. Setiap gambar yang dilekatkan perlulah berhati-hati dan cermat kerana kerja yang rosak tidak akan diterima. Berdebar rasanya apabila mendengar arahan tersebut. Seterusnya, setelah segala penerangan dibuat, aku dan rakan sekumpulan bergegas mencari tempat dan memulakan tugasan kami.
Kami bekerjasama mencari gambar, huruf, nombor bagi melengkapkan tugasan kami. Tugasan pada hari ini tidak memerlukan kami untuk menulis. Kesemuanya kami dapatkan daripada majalah yang kami dapat. Masing-masing bertungkus-lumus menggunting, memotong dan menampalkan segala kerja-kerja kami. Ketekunan kami di dorong kerana masa yang diberikan untuk menghantar ialah pada jam 2.00 petang hari yang sama. Setelah berjaya melaksanakan tugasan berkumpulan, kami membawa projek tersebut kepada Prof untuk diperiksa dan mendapatkan markah. Kalian nak tengok hasil kerja kami?
Jom saksikan......
Kegirangan setelah kerja siap. |
5 kuntum mawar dalam kumpulan. |
No comments:
Post a Comment