Wednesday, October 3, 2018

BBM 3410/18 : MENITI MINGGU KEEMPAT DENGAN DEBARAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembara sekalian. Pada hari ini, aku ingin berkongsi sedikit tentang apa yang terjadi pada minggu keempat aku di UPM. Pada awal minggu ini, aku dan rakan sekumpulan dikehendaki untuk memuat naik gambar yang terdiri daripada :

1. Mug Shot
2. Medium Shot
3. Long Shot
4. Portrait
5. Over The Shoulder
6. Birds Eye View

Sebelum aku bercerita panjang, ingin aku maklumkan bahawa kesemua jenis gambar di atas merupakan tugasan yang diberikan oleh Prof pada minggu lepas di dalam kelas. Jadi, setelah arahan diberikan, terus bertungkus-lumus rakan-rakan sekelas aku menyediakan gambar yang dikehendakinya.

Semua orang perlu menyediakan 3 keping gambar bagi setiap jenis gambar yang diambil. Maknanya, setiap orang perlu memuat naik gambar di Instagram sebanyak 18 keping. Rupanya agak mencabar juga untuk mendapatkan gambar yang kena dengan kehendak Prof. Prof pernah kata yang beliau belajar Fotografi selama 1 semester tapi kami lagi ke depan daripada beliau sebab belajar dalam masa 1 hari sahaja. Hahahaha... Jadi, setelah selesai mendapatkan kesemua 18 keping gambar itu, kami berlumba-lumba untuk memuat naik ke Instagram. Biasalah kalau dah perangainya mengalahkan budak-budak, mesti rasa nak bertanding siapa yang lagi cantik. Kelakar pun ada rasanya bila dapat tugasan seperti itu.

Seterusnya, aku malas nak bercerita panjang sangat sebab aku nak belanja gambar hasil daripada kerjasama aku dengan ahli kumpulan. Jom tengok :

1. Mug Shot




2. Medium Shot



3. Long Shot


4. Portrait


5. Over The Shoulder


6. Birds Eye View


Macam mana yang kalian nampak? Cantikkan?

Okay, seterusnya, pada minggu ini juga aku mendapat tugasan individu sebab Prof kesayangan pergi ke Temasek (Singapura lah). Jadi, aku dan semua rakan sekelas perlu membuat tugasan individu yang diambil daripada buku Boom. Kami perlu memberi pandangan dan berkongsi mengenai media sosial atau media teknologi dari sudut pandangan seorang pelajar. Setelah itu, kami perlu menghantar pada jam antara 2 hingga 3 petang. Jadi, kami pun berkejaran untuk menyiapkan dan menghantar kerja tersebut.

Setelah sekian lama berceloteh, aku nak undur diri dahulu. Setakat itu, sahaja yang aku ceritakan, kita jumpa di kiriman blog yang lain pula.

Salam sayang dari Mencari Ilham.









No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : KALENDAR 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan hasil daripada aku belajar membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop. Al...