.
.
.
MAKANAN.
Sememangnya makanan dengan masyarakat Malaysia tidak dapat dipisahkan. Negara kita memang meriah dengan kepelbagaian makanan dari pelbagai negeri. Pada 26/9/2018 yang lalu, Muzium Warisan UPM telah menganjurkan Pesta Makanan Tradisional yang bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Sepanjang pesta itu berlangsung, aku dan juga teman-temanku mengambil kesempatan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Pada waktu pagi, ucapan alu-aluan dan perasmian diadakan di CALC. Ucapan alu-aluan dilakukan disampaikan oleh Puan Rahimah selaku wakil fakulti dan seterusnya dirasmikan oleh wakil kementerian KPDNKK.
Program diteruskan berlangsung di sekitar rumah tradisional Muzium Warisan Melayu UPM. Kalau bab makan, aku memang tak boleh tolak. Jadi, aku bersama-sama rakan yang lain perli meninjau satu persatu gerai makanan yang terdapat di situ. Gembira tak terkata sebab perut masih kosong, jualan pula masih banyak. Jadi, aku pun apa lagi, serbu!!! Aku memilih gerai makanan yang menjual lauk-pauk Negeri Sembilan. Boleh tahan sedapnya. Rupa-rupanya gerai tersebut di bawah seliaan Dr. Rohaidah. Lantas, aku memesan nasi putih dan mengambil beberapa jenis lauk yang nampak enak dipandang, lazat dimakan. Seterusnya. sesi mengambil gambar takkan terlepas daripada aku dan kawan-kawan yang lain. Biasalah tu bak kata orang sambil menyelam, minum air.
Seterusnya, perkara yang aku tak sangka bila dapat bertemu cikgu yang pernah mengajar di Giatmara Raub. Betapa terujanya bila jumpa orang kampung sendiri di UPM ni. Tapi, tapi, tapi, sayang seribu kali sayang sebab gambar yang diambil ada masalah sikit. Jadi, gambarnya hilang. Agak sedih sikit sebab teruja tiba-tiba sedih angkara gambar. Nak minta bergambar sekali lagi terasa malu. Jadi, aku memilih untuk mengabaikannya dan nikmati lagi makanan yang ada.
Jadi, selepas aku coret panjang-panjang, aku nak kongsi sikit gambar pada hari kejadian. Jom tengok sama-sama.
Kami mawar-mawar indah bersama Prof.
Baru selesai majlis di Calc dan nak mencari makanan.
Terserempak kumpulan lain.
Bersama model dari kumpulan aku Murnirah Razali.
Aku menikmati makanan dengan seleranya.
Bersama sahabat aku yang sentiasa masuk air.
Aku rasa setakat di sini sahaja aku nak kongsikan. Risau nanti ada yang Tak lalu nak makan, tak lena nak tidur, mandi pun tak basah sebab tengok muka aku tak henti. Maaf, gura-gurau je ni. Kita jumpa di lain masa ya.
Salam sayang dari Shuhada Azhar.
No comments:
Post a Comment