Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : AKU, SAHABAT DAN KECANTIKAN 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Apa khabar semuanya? Sihat atau tidak? Dah makan ke belum tu? Okay, malas nak tanya banyak. Aku tahu semuanya jawab dalam hati kan?

Okay, tanpa membuang masa, aku nak berkongsi sikit tentang diri aku. Aku sejenis perempuan yang dahulunya tak hiraukan kecantikan. Asal ada pencuci muka, bedak talkum, tepek-tepek je dah siap. Pakaian pun endah tak endah je kesesuaiannya. Masa semester satu dulu memang berbeza sangat berbanding sekarang. Banyak pula aku nak imbas.

Okay, berbalik kepada cerita asal, aku memang seorang yang tidak pandai bergaya, asalkan ada saja, dan bersifat sempoi. Kalau aku ambil subjek dengan Prof masa tu agaknya, mungkin aku diubah sendiri oleh Prof. Hahahaaha. Maklumlah, Prof sangat mementingkan imej seseorang. Katanya penampilan itu penting untuk memberi keyakinan diri dan buat orang yakin dengan kita. Memang lawak habis kalau aku tengok gambar tahun pertama dulu. Tapi, aku gembira je dengan kehidupan aku.

Pada masa yang sama, aku selalu berdoa agar dikurniakan kawan-kawan yang baik dan dapat menerima aku seadanya. Maklumlah, memang jenis yang tak mementingkan kecantikan, jadi, aku akan semberono je dalam berpakaian untuk penampilan harian.

"Aku pun terfikir juga ada ke sesiapa nak berkawan dengan aku?"

Tapi alhamdulillah, dalam keseorangan aku di sini, Allah pertemukan aku dengan kawan-kawan yang semakin hari semakin rapat hari demi hari.

Aku bersyukur sangat sebab dengan kehadiran mereka inilah aku melakukan transformasi yang besar dalam diri.

Mereka jugalah yang memperkenalkan aku dengan produk-produk kecantikan yang dapat menjaga kulit muka dan mereka juga mengubah cara berpakaian aku. Syukur alhamdulillah. Bermula dari situlah, aku memberanikan diri dengan melakukan transformasi pada diri sendiri.

Di sini aku nak berkongsi gambar sahabat-sahabat aku yang sentiasa ada bersama aku.

Semester 5.

Selepas tamat peperiksaan.

Muka menahan perasaan sebelum menjawab peperiksaan.

Seterusnya, aku belum masuk bab-bab kecantikan yang dipengaruhi oleh kawan-kawan aku. Sebenarnya aku bukanlah jenis yang tetap setia dengan sejenis jenama sahaja. Aku mencuba satu demi satu produk kecantikan bagi melihat keserasian antara produk tu dengan kulit aku.

Mesti ada yang nak tahu apa produk yang aku amalkan betul tak? Aku rasa dah panjang sangat aku coretkan di sini, nantikan kiriman blog aku yang seterusnya boleh? Sabar ya sabar. Jangan kecam pulak. Jumpa nanti. Assalammualaikum dan nantikan tulisan aku yang seterusnya.

Salam sayang daripada
Shuhada Azhar.

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : KALENDAR 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan hasil daripada aku belajar membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop. Al...