Monday, December 10, 2018

BBM3410/18 : KALENDAR 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan hasil daripada aku belajar membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat sebab akhirnya terlaksana juga kalendar aku ni. Sekarang aku nak kongsikan hasilnya di bawah ini.















Saalam sayang,
Shuhada Azhar.

BBM3410/18 : TWITTER

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Aku nak kongsi sikit tentang aktiviti Twitter yang aku dah buat selama ini. Agak banyak jugalah apa yang aku nak kongsikan disini.

Di bawah ini aku kongsikan kebanyakan post yang aku kirimkan.




















Salam sayang,
Shuhada Azhar.

BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum dan salam sejahtera semuanya. Okay, untuk kiriman kali ini aku nak kongsikan perasaan aku dan penghargaan aku sepanjang aku menyertai kelas Multimedia Dalam Bahasa BBM3410.

Semuanya aku dah siap post di Facebook. Jadi, aku bagi gambar jela apa yang aku dah kongsikan. Jom baca......








Salam sayang, 
Shuhada Azhar.

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini aku nak kongsi sedikit mengenai video tanpa wajah.

Untuk pengetahuan semua, video tanpa wajah ialah satu video yang menunjukkan satu cerita tanpa memaparkan wajah si pelakonnya. Oleh itu, setiap pelajar perlu melakonkan watak masing-masing dan tidak menunjukkan wajah mereka. Jalan cerita mesti jelas dan tidak tergantung. Setiap babak hendaklah tidak melebihi 15 saat kerana jika lebih akan menyebabkan penonton bosan. setiap kumpulan dikehendaki untuk memilih satu lagu untuk menghidupkan jalan cerita tersebut.

Seterusnya, ketika pembikinan cerita, aku dan rakan-rakan mencipta bersama-sama plot cerita yang ingin disampaikan.

Perkara yang penting dalam proses pembikinan ini ialah :

1. Plot cerita :
- Plot cerita hendaklah teratur dan nampak kemas agar penonton dapat memahami dan menjiwai jalan cerita yang ingin diketengahkan.

2. Titik fokus :
- Dalam video tanpa wajah, sesuatu cerita tersebut perlu mempunyai titik fokus seperti bahagian tangan, kaki, kepala atau apa-apa sahaja.

3. Tempat :
- Tempat yang dipilih hendaklah sesuai bagi memberi kefahaman kepada penonton ketika menonton cerita tersebut.

4. Pemilihan lagu :
- Lagu yang dipilih hendaklah sesuai dengan penceritaan yang ingin disampaikan.


Salam sayang,
Shuhada Azhar.

BBM3410/18: VIDEO ONE SHOT

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini aku nak rumuskan mengenai video-video One Shot yang aku pernah pelajari beberapa minggu lepas.

Pertama sekali, aku rasa teruja sangat-sangat dalam menghasilkan video-video ini.

Okay, pertamanya, aku nak namakan dahulu video one shot yang telah kami tahu :

1. One Shot
2. One Shot Two Layer
3. One Shot Three Layer

Untuk makluman anda semua, video One Shot merupakan :

> Satu video yang meletakkan kamera dalam kedudukan statik
> Kamera hanya diletakkan di satu tempat sahaja
> Segala pergerakan keluar masuk pelakon dan penyanyi di dalam kamera hendaklah dirancang dan diaturkan sebaiknya bagi menjadikan hasil video tersebut nampak lebih menarik.
> Sepanjang penggambaran, tiada sebarang masalah yang ditimbulkan kerana apabila berlaku ralat, video perlu diambil semula sehingga semuanya nampak lancar
>Tiada proses pengeditan yang dilakukan bagi satu durasi video one shot tersebut

3 jenis video di atas telah diselesaikan oleh kumpulan aku.

VIDEO ONE SHOT :

Video ini memerlukan kamera diletakkan setempat sahaja tanpa perlu digerakkan kemana-mana. Setiap ahli perlu merancang untuk keluar dan masuk ke dalam kamera.

Kumpulan aku telah memilih lagu Seminggu Berhari Raya daripada Kumpulan Senario. Temanya senang sahaja, setiap ahli memakai pakaian yang melambangkan hari raya. Jadi, kami tidak mempunyai masalah dalam memilih pakaian untuk berhari raya. Situasi di dalam video itu dikaitkan dengan lirik lagu tersebut yang mempunyai beberapa cerita ketika di hari raya. Jadi, kami menggunakan semua tenaga yang ada di dalam kumpulan itu untuk berlakon dan mengenakan watak masing-masing.

Lokasi : Rumah Warisan Melayu Muzium UPM.

VIDEO ONE SHOT TWO LAYER :

Video ini juga perlu meletakkan kamera di satu tempat sahaja. Kami perlu menyusun setiap karakter agar nampak jalan cerita.

Kumpulan aku telah memilih lagu Memori Tercipta nyanyian Shila Amzah. Tema kami ialah fasa kehidupan. Maka, dalam setiap babak tertentu lagu itu, kami akan menunjukkan urutan daripada kecil sehingga ke fasa tua. Setiap memori itu diimbas kembali ketika di akhir lagu tersebut. Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah layari Youtube dan cari Tadaa Productions.

Lokasi : Bukit Ekspo.

VIDEO ONE SHOT THREE LAYER :

Video ini juga sama, kamera tidak perlu digerakkan kemana-mana. Kami perlu memaparkan jalan cerita berdasarkan lagu yang telah dipilih.

Kumpulan aku telah memilih lagu Bobo Dimana nyanyian Dato Aliff Syukri, Sajat dan Lucinta. Tema lagu ini lebih santai. Kami menonjolkan satu teguran kepada generasi muda agar jangan terlalu terbuka dalam melakukan sesuatu. Jadi, kita hendaklah hormat masyarakat di sekeliling.

Lokasi : Taman Pertanian Universiti, UPM.


Salam sayang
Shuhada Azhar.

BBM3410/18: PAPAN CERITA

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini aku akan bercerita sedikit mengenai tugasan Papan Cerita.

Okay, untuk tugasan ini, aku pun kurang jelas sebenarnya. Apa yang aku faham, kami telah diberikan satu tugasan berkaitan papan cerita.

Alkisahnya, Prof aku ada bagi 5 helai A4 untuk satu kumpulan. Jadi, setiap kumpulan perlu penuhkan depan dan belakang kertas A4 itu. Setiap kumpulan perlu memilih sejenis produk atau barangan. Antaranya seperti beg tangan, pakaian, kasut, produk penjagaan kulit dan lain-lain lagi.

Seterusnya, setiap ahli perlu menjalankan tugasan masing-masing bagi setiap muka surat tersebut. Dalam hal ini, aku dan ahli kumpulan yang lain membahagikan kerja dalam kumpulan kami. Setiap orang perlu memaklumkan kepada ahli kumpulan yang lain mengenai apa yang telah dilakukan di dalam bahagian mereka.

Papan cerita itu akan dijadikan sebagai e-majalah. Jadi, disini, kami perlu membuat muka hadapan, pendahuluan, ruang sidang pengarang, paparan setiap jenis produk dan kebaikannya. Oleh itu, kami dapat menyiapkan kerja dalam masa yang singkat.

Perkara yang perlu ada dalam papan cerita (e-majalah) :

1. Muka hadapan :
- Gambar produk
- Nama majalah
-Tajuk utama

2. Muka kedua :
- Sidang pengarang

3. Muka ketiga :
- Jenis produk dan kelebihannya



Salam sayang
Shuhada Azhar.

BBM3410/18 : ASAS GRAFIK

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita pada minggu ini.

Tugasan pada minggu ini yang aku dapat daripada kakak yang menjaga kelas tutorial kami ialah membuat blog mengikut tajuk yang telah diberikan. Jadi, sekarang aku nak kongsikan sedikit tentang asas grafik. Perkara-perkara yang aku pelajari.

Okay, ceritanya bermula disini. Aku belajar asas grafik pada minggu kedua. Jadi, kami perlu ambil melakukan satu tugasan yang agak leceh tapi, perlu menepati asas grafik yang telah kami pelajari. Jadi, kalau ada yang nak tahu apa itu asas grafik, sini aku bagitau sikit.

Di sini aku nak kongsi sedikit.
- Grafik ialah kombinasi gambar, lambang, simbol,huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep atau idea daripada penghantar kepada penerima maklumat.

Terdapat 5 asas grafik.
1. Mudah difahami
2. Keseimbangan
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks

Jadinya, kami pun bertungkus lumus mencari gambar daripada majalah-majalah lama yang mempunyai asas grafik di atas bagi memenuhi tugasan tersebut.

Ini nota bagi 5 asas grafik :

1. Mudah difahami
- Sesuatu gambar itu hendaklah mudah difahami.
- Bahan grafik haruslah ringkas dan mudah.
- Terlalu banyak grafik akan menimbulkan kekeliruan.

2. Keseimbangan
- Setiap item yang hendak diletak perlulah seimbang di dalam gambar.
- Keseimbangan adalah berdasarkan susunan, warna dan bentuk.
- Setiap item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain.
- Ia terbahagi kepada Imbangan Simetri dan Imbangan Tidak Simetri.

3. Kesesuaian
- Kesesuaian ialah apabila setiap objek yang dipaparkan adalah sesuai pada tempatnya.
- Jarak antara objek menjadi perhatian dalam hal ini.

4. Warna
- Berfungsi bagi membuat penegasan & mewujudkan penumpuan.
- Memudahkan sesuatu item dilihat.
- Melahirkan kesan tertentu.
- Mewujudkan perasaan harmoni

5. Teks
- Dalam sesuatu asas grafik, teks turut memainkan peranan penting.
- Teks yang terlalu banyak akan mengganggu tumpuan dan nampak sarat.
- Teks juga memainkan peranan penting dalam proses mendapatkan grafik yang baik.





Salam sayang
Shuhada Azhar.

BBM3410/18 : KALENDAR 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan hasil daripada aku belajar membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop. Al...