Hari ini aku nak cerita sedikit tentang Bazar Serumpun yang menggamit duit aku tiap kali aku pergi situ. Okay, lokasi bazar tu sebelah bangunan PJSD je. Terletak di kawasan parkir kereta. Jadi, beberapa hari sebelum dibuka, kawasan itu memang akan dikosongkan. Tiada kereta yang boleh parkir di situ.
Jadi, bazar itu berlangsung selama 4 hari. Apa yang menariknya kat bazar tu, ada pelbagai makanan yang menarik. Ada juga gerai menjual pelbagai jenis tudung dan gerai baju-baju.
Selain itu, antara gerai yang paling ramai orang selain gerai makanan ialah gerai 'bundle'. Aku pun mulalah nak terjebak membeli baju dan seluar di situ. Tapi, kena pandai pilihlah kalau dah namanya baju 'bundle'. Baju saiz aku memang susah sikit nak cari. Tapi, aku berjaya jugaklah dapat 2 helai selepas godek-godek satu persatu. Fuhhh... Duit pun melayang-layang macam dedaunan kering ditiup angin. Tapi, aku tak sempat ambil gambar sebab ramai sangat.
Lepas itu, aku ada jumpa satu tempat jual air ais kepal pelbagai jenis coklat gitu. Aku pun peminat coklat, lalu aku beli lah segelas.
Ais Kepal Aneka Coklat
Bersabar menunggu air aku siap.
Mujurlah 4 hari je bazar ni. Duit aku banyak habis kat sini je. Fuhhh.... Makin sengkek pula rasanya. Lepas ni aku yang kena tutup mata. Hehehe.
Setakat itu sahaja kisah bebas aku pada hari ini. Kita jumpa lagi di lain masa ya.
Salam sayang dari,
Shuhada Azhar.
No comments:
Post a Comment