Alkisahnya, aku seorang pelajar yang jenisnya setiap hujung minggu nak balik kampung. Tujuan dia bukan sebab aku tak boleh renggang dengan mak abah atau aku anak manja. Tapi sebenarnya aku ni ada seorang abah yang sakit diabetes dan telah kehilangan kedua-dua belah kakinya. Semenjak dia mula-mula sakit sebelum kakinya dipotong, aku dah amalkan untuk balik setiap minggu. Sebabnya, mak aku berniaga kedai makan. Tapi, tiada sesiapa yang boleh diharapkan untuk memandu kereta untuk bawak mak aku pergi beli barang kedai. Aku jadi sedih sebab hari-hari mak aku pergi beli barang naik motor. Kalau ikutkan, memang kena ulang-alik 2-3 kali juga untuk angkut barang. Jadi, aku pun relakan hati untuk balik tiap minggu sambil membantu mak di kedai akupun menguruskan hal-hal abah aku. Tapi, sekarang aku dah kurang balik sebab nak fokus PITA.
Berbalik kepada tajuk utama aku tadi. Aku nak cerita sedikit pengalaman. Selama 7 semester aku di UPM, tak pernah sekalipun aku mencuba untuk kerja separuh masa. Bagi aku, aku sibuk dengan kelas dan tiada masa untuk bekerja sambilan. Aku pun tak bersedia mental dan fizikal untuk bekerja sambilan. Tetapi, apabila aku berada di semester ketujuh, aku rasa seperti ingin mencuba sesuatu yang baru. Aku rasa nak kutip sedikit pengalaman untuk dijadikan tanda ingatan aku selepas tamat belajar nanti.
Ketika semester ini mula berlangsung, aku mencuba mencari pekerjaan yang menerima pekerja sambilan. Akhirnya, rezeki aku datang apabila ada kerja kosong di kafe Serumpun yang memang mencari pelajar yang nak bekerja. Aku pun ambil peluang ini. Lagipun, aku ada kedai makan, jadi, aku rasa mudah je buat kerja kat kafe ni. Alhamdulillah aku boleh terima kerja ni walaupun penat juga. Biasalah tu... mana ada kerja yang tak penat. Fuhhhh
Kemudian, pesta konvo pula datang menggamit diriku. Aku dapat tawaran daripada kawan aku Fezlyanna untuk kerja membuat gubahan bunga orkid bawah WAZAN UPM. Cuba bayangkan, dari semester 1 aku kat UPM sampai dah masuk tahun terakhir, ini baru pertama kali aku melibatkan diri dalam kerja ini. Dah berapa kali konvo, hati aku tak terbuka untuk ikut sama dalam kerja ini. Jadi, aku cuba kutip pengalaman untuk bekerja menggubah bunga ni. Aku sebenarnya bukanlah seorang yang mempunyai tangan berseni. Tapi, atas bimbingan dan tunjuk ajar orang lain, alhamdulillah aku boleh buat. Kata orang, nak seribu daya, taknak seribu dalih.
Bawah ni aku kongsi sikit gambar aku ketika bekerja. Tolonglah jangan bosan tengok gambar aku ni... Hahahaha...
Seorang amatur yang ingin mencuba buat pertama kali.
Tenaga pengajar kepada diriku.
Keberhasilan.
Setakat itu dulu yang aku kongsikan. Tak sempat ambil gambar banyak-banyak sebab nak belajar banyak perkara. Nanti katanya mengulor pulak. Faham ke mengulor ke apa? Kalau tak faham, boleh buat-buat faham. Nanti aku ajar loghat Pahang sikit-sikit ya.
Assalammualaikum dan bye semua. Moga kita bertemu lagi di lain masa ya? Tolong jangan jemu baca catatan aku ni. Sayang semua.
Salam sayang,
Shuhada Azhar.
No comments:
Post a Comment