Okaylah, aku taknak melencong jauh. 'SAHABAT SELAMANYA'. Sahabat ni berbeza dengan kawan, teman dan juga rakan. 'SAHABAT' adalah salah satu istilah yang amat aku hargai. Istilah yang amat aku sayangi. Dan juga istilah yang aku akan jaga rapi. Aku pernah ada kawan yang akhirnya berubah menjadi musuh dan akhirnya bertukar menjadi sahabat. Aku pernah ada kawan yang ditemui di jalanan lalu bertukar nombor telefon, saling berhubung dan akhirnya bertukar menjadi sahabat. Aku pernah mempunyai sahabat yang bertukar menjadi lawan lalu akhirnya menjadi sahabat kembali. Aku juga pernah ditikam dari belakang oleh sahabatku sendiri dan akhirnya dia datang kembali untuk memohon kemaafan dan menjadi sahabat aku kembali. Aku juga pernah ada kawan masa kecil lalu dipisahkan kerana keperluan semasa dan akhirnya bertemu apabila sudah dewasa lantas berani berkongsi suka dan duka bersama-sama.
Aku suka bersahabat. Kerana apa yang aku rasakan apabila aku sudah menganggap sahabat, aku dapat berkongsi segala kisah suka duka aku. Aku dapat melepaskan tekanan emosi. Aku dapat meluangkan masa bersama. Aku dapat meminta pertolongan di saat memerlukan. Banyak kelebihan kita menjaga hubungan persahabatan ini. Yang terkadang aku rasakan ada hikmahnya jika kita mengekalkan perhubungan ini.
Hidup aku banyak dipenuhi dengan warna-warni sahabat. Inilah mereka yang sering mewarnai kehidupanku.
AKU SAYANG SAHABATKU SEKALIAN. <3
Salam sayang,
Shuhada Azhar.
Eh gambar saya pun ada? Terima kasih cik shu <3
ReplyDeleteAwak mestilah ada jugaa..Awak salah satu sahabat yang ada ketika sy nak menangis..
Delete