Okay-okay, dalam kemeriahan suasana masing-masing balik ke kampung halaman, aku salah seorang calon yang lambat balik ke kampung. Nak tahu sebab apa? Aku ada komitmen yang perlu diselesaikan selama beberapa hari di sini sebelum aku ambil keputusan untuk balik.
Komitmen yang pertama, aku ada kerja sambilan yang perlu aku selesaikan pada hujung minggu lalu. Bila hari Isnin menjelma, aku ada menyertai kerja menggubah bunga bawah WAZAN UPM. Bunga yang digubah itu ialah bunga orkid segar. Bunga itu digubah untuk jualan sempena hari konvokesyen yang berlangsung di UPM selama beberapa hari. Aku tak dapat nak ikut sepanjang 5 hari program berlangsung.
Korang nak tahu tak, selama 3 tahun setengah aku kat sini, masa semester akhir ni lah aku pertama kali ikut program ni. Punyalah tak ada masa tahun sebelum-sebelum ni nak ikut sama kan??
Kejap-kejap, cerita panjang je tak guna jugak. Meh sini, aku belanja gambar sama sepanjang proses aku buat kerja sebagai kru produksi.
Proses gubahan dan membalut bunga.
Muka acah-acah serius.
Hasilnya.
Minum petang sambil makan goreng pisang, ubi, dan cekodok sementara menunggu stok bunga baru sampai.
Hasil kerjasama.
Ini yang aku buat tapi tak siap lagi.
Ini setelah siap.
Satu-satunya kumbang yang tinggal. Kumbang lain dah balik kampung.
Hari terakhir di Dewan Besar bersama Vice UPM.
Krew produksi dah selesai habiskan bunga.
Kami teman rakan bahagian jualan meniaga pulak.
Katanya bergambar dengan artis. Masalahnya aku pun tak kenal. Hahaha
Makan KFC sambil menyambut hari lahir seorang staf yang jatuh pada hari terakhir konvo tu.
Okay, sekian sahaja perkongsian aktiviti aku untuk minggu ni. Gembira yang tak terkata rasanya. Inilah kali pertama dan kali terakhir aku mengikuti kerja sambilan ini. Gembira sangat-sangat rasanya.
Info tambahan : Kalau mana-mana adik-adik UPM yang dikategorikan sebagai golongan asnaf dan layak menerima zakat, cuba-cubalah tanya kawan-kawan anda bagaimana nak sertai kerja gubahan bunga dan jualan ni. Mana tahu rezeki masing-masing dapat timba pengalaman dan ilmu baru. Duit dapat, ilmu kemahiran pun dapat. Satu lagi, hanya waktu konvokesyen UPM je tau. Rebut peluang ni!
Salam sayang,
Shuhada Azhar.
No comments:
Post a Comment