.
Hari ini aku nak ceritakan sikit apa yang berlaku pada hari Khamis yang lalu. Pada awal pagi Khamis tu, ketua bagi kelas Multimedia telah mengirimkan pesanan mesra daripada Prof yang kami kasihi. Katanya, kelas amali untuk kumpulan 1 & 2 pada hari tersebut dibatalkan. Kami pun menarik nafas lega. Fuhhhhh.....
.
Namun begitu, kelas pada hari itu digantikan dengan kelas online ya. Jangan ingat tiada apa-apa tugasan pula. Kami siap dapat pesanan mesra lagi untuk melakukan tugasan pada jam 12 tengah hari. Masing-masing semua mendagu kat depan laptop sambil refresh Putrablast. Setiap orang boleh dikatakan menunggu masa untuk marathon buat tugasan online sebab dah terbiasa dengan due date.
.
.
Sesetengah jam kemudian kami masih tertanya-tanya dan termangu-mangu menantikan kerja yang hendak diberikan. Tiba-tiba ketua kami menyampaikan pesanan tugasan di dalam kumpulan Whatsapp je. Pesanannya berbunyi begini :
.
.
"Perhatian
Tugasan hari ini. Ambil video proses buat photoshop selama 3 minit. Gambar muka sendiri mesti ada. Masuk blog hari ni."
.
.
Lantas aku dengan kawan-kawan aku pun buat marathon la menyiapkan tugasan tu. Biar siap awal, jadi aku ada banyak masa untuk buat benda lain.
.
.
Bawah ni tutorial yang aku cuba buat. Maaflah sebab tak berapa reti sangat bab-bab begini. Maafkan segala kekurangan.
.
Setakat di sini dahulu celoteh aku. Semoga rajin membaca ya....
Salam sayang,
Shuhada Azhar.
No comments:
Post a Comment