Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18 : AKTIVITI TWITTER AKU

Hai. Assalammulaikum semua.

Hari ni aku nak kongsikn sedikit aktiviti di Twitter aku.

Ini bukti-buktinya.....











































Banyak lagi sebenarnya. Tapi, cukuplah sampai sini dulu. Bye semua. Assalammualaikum dan jumpa lagi.

Salam sayang,
Shuhada Azhar.


BBM 3410/18 : SHOOTING

Hai. Assalammulaikum dan salam sejahtera semua. Aku nak berkongsi sikit tentang aktiviti yang aku dah lakukan dalam minggu ini.

Semestinya perkara yang aku kejarkan ialah menyiapkan tugasan Prof yang sangat aku dan rakan sekelas kasihi.

Aku dan rakan aku pun berbincang untuk menyediakan satu hari yang sesuai untuk melakukan penggambaran One Shot Two Layer.

Kumpulan aku memilih lagu Bobo Di Mana yang dipopularkan oleh Dato' Aliff Syukri, Sajat, dan Lucintaluna. Bukan kami nak mempromosikan 'sesuatu'. Tetapi kami ada idea yang ingin digabungkan dalam lagu ini.

Lantas, kami memilih hari Khamis sebagai hari yang dipersetujui oleh semua orang. Kami memilih lokasi yang sesuai untuk penggambaran.

Di samping itu, kami perlu mengambil kira kebajikan Hussain yang merupakan pelajar kelainan upaya. Itu semua tak menjadi masalah kerana anggota kumpulan kami ada yang mempunyai kenderaan. Lalu, kami pun bersiap sedia untuk menjalankan tugasan yang dah diamanahkan.

Bawah ni aku kongsi sikit suasana ketika penggambaran video dilakukan.


Sesi percubaan.


Sesi menyemak kesalahan.


Muka dah lega.


Mendengar aturan penggambaran.


Sesi mendengar taklimat.


Barisan artis Tadaa Production.

Setakat disini dulu yang aku boleh kongsikan. Kalau nak tengok persembahan kami, boleh cari di Youtube ya. Cari je Tadaa Production.

Okay, jangan jemu baca blog aku. Jumpa lagi. Bye semua.......


Salam sayang,
Shuhada Azhar.

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 : TUTORIAL ADOBE PHOTOSHOP (KALENDAR MEJA)

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semuanya? Aku harap sihat-sihat belaka sebab sekarang musim hujan. Mudah sangat nak terkena demamnya. Jagalah kesihatan masing-masing hendaknya.
.
Hari ini aku nak ceritakan sikit apa yang berlaku pada hari Khamis yang lalu. Pada awal pagi Khamis tu, ketua bagi kelas Multimedia telah mengirimkan pesanan mesra daripada Prof yang kami kasihi. Katanya, kelas amali untuk kumpulan 1 & 2 pada hari tersebut dibatalkan. Kami pun menarik nafas lega. Fuhhhhh.....
.
Namun begitu, kelas pada hari itu digantikan dengan kelas online ya. Jangan ingat tiada apa-apa tugasan pula. Kami siap dapat pesanan mesra lagi untuk melakukan tugasan pada jam 12 tengah hari. Masing-masing semua mendagu kat depan laptop sambil refresh Putrablast. Setiap orang boleh dikatakan menunggu masa untuk marathon buat tugasan online sebab dah terbiasa dengan due date.
.
.
Sesetengah jam kemudian kami masih tertanya-tanya dan termangu-mangu menantikan kerja yang hendak diberikan. Tiba-tiba ketua kami menyampaikan pesanan tugasan di dalam kumpulan Whatsapp je. Pesanannya berbunyi begini :
.
.
"Perhatian
Tugasan hari ini. Ambil video proses buat photoshop selama 3 minit. Gambar muka sendiri mesti ada. Masuk blog hari ni."
.
.
Lantas aku dengan kawan-kawan aku pun buat marathon la menyiapkan tugasan tu. Biar siap awal, jadi aku ada banyak masa untuk buat benda lain.
.
.
Bawah ni tutorial yang aku cuba buat. Maaflah sebab tak berapa reti sangat bab-bab begini. Maafkan segala kekurangan.
.



Setakat di sini dahulu celoteh aku. Semoga rajin membaca ya....

Salam sayang,
Shuhada Azhar.

BBM3410/18 : MINGGU 10 DI UPM

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita di kiriman blog aku minggu ini.
.
.
Hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai kelas multimedia aku. Kelas yang memang di luar bidang kami sebagai pelajar bahasa. Tapi, sangat-sangat menghiburkan.
.
.
Minggu ini, kami mendapat tugasan baharu iaitu membuat video 'One Shot Two Layer'. Aku ingatkan video 'One Shot' sebelum ni dah habis dah.... Rupanya ada ber'layer-layer' (mana ada bahasa Melayu macam ni tau) lagi video 'one shot' ni.
.
.
Selepas dapat tugasan tu, kami diberikan pula tugasan di dalam kelas. Apa yang kami perlu faham ialah konsep redha. Hahahaha. Tapi, aku boleh je layan kelas Prof ni. Masa tengah sibuk menjawab soalan yang diberikan, Prof cek siapa yang tak bawa buku Boom! sorang-sorang. Kalut masing-masing bila dengar ugutan Prof. Boleh dikatakan separuh daripada kelas tu lari mendapatkan buku Boom! yang mereka tinggalkan di bilik. Yang tersalah bawa buku pun ada.
.
.
Aku teringatkan kata-kata Prof, "kamu beli buku mahal-mahal buat apa kalau tak bawak?".
.
.Betullah apa yang Prof cakap tu. Buku mahal tapi tak bawa pun rugi juga.
.
.
Kami dikehendaki menghantar tugasan yang diberikan pada hari itu sebelum kelas berakhir.
.
.
Okay. Boleh tarik nafas lega bila tugasan tak perlu dibawa pulang ke bilik. Ayuh fokuskan kepada video 'One Shot Two Layer'.

Ini buku azimat. Siapa tak bawa boleh patah bilik tak kira penat.

Okay. Setakat di sini dahulu celoteh aku. Jumpa lagi di lain waktu.

Salam sayang,
Shuhada Azhar.

Saturday, November 10, 2018

BBM 3410/18 REZEKI TERPIJAK

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Aku gembira sangat minggu ni. Rasanya macam rezeki melimpah ruah pula. Jadi aku nak ceritakan sedikit apa yang terjadi sepanjang minggu ini.

Pada hari Jumaat yang lalu aku perlu menghadiri perjumpaan dengan semua kumpulan jualan bunga konvokesyen. Alhamdulillah setiap orang menerima gaji mengikut jam yang mereka kerjakan. Syukur.

Nak tahu aku dapat berapa???

RAHSIAAAAA!!!!!!!!

Pada masa yang sama turut diadakan sesi-sesi makan. Memang makanan dia terbaik sangatlah. Bihun goreng ada, roti jala ada, cucur ada, cekodok pisang ada dan macam-macam lagilah.

Seterusnyaaaaa.......

Disebabkan jualan bunga konvokesyen pada tahun ini melebihi target, kami semua dapat kejutan tambahan. Nak tahu hasil jualan kasar berapa????

RM 74k!!!!!!!

Aku yang jadi tukang gubah ni pun terkejut. Memang tak sangka langsung apa yang kami berjaya buat tu.

Ini aku nak kongsi sikit gambar sekitar majlis.


Geng rempit dalam hujan.


Bersama kakak-kakak staf.


Selepas dapat cabutan bertuah dan sijil.


Okay, sambung cerita. Semua yang hadir dapat memenangi cabutan bertuah. Memang rasa bertuah sangatlah weh. Datang untuk makan percuma. Lepastu, dapat gaji. Lepastu dapat cabutan bertuah.

Nak tahu tak apa yang aku dapat????

Jenggg jenggg jenggggg........


Tadaaa!!! Aku dapat toaster @ pembakar roti.

Boleh aku guna kat kedai aku untuk buat roti bakar. Dapat tambah duit lagi.

Alhamdulillah. Hadiah yang aku dapat memberi manfaat untuk aku.

Cukuplah setakat sini celoteh aku harini. Semoga bertemu lagi di lain waktu. InshaAllah. jangan jemu dengan blog aku ya.

Salam sayang,
Shuhada Azhar.


BBM 3410/18 : MINAT

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak berkongsi sikit tentang minat.

Memang setiap orang mempunyai minat. Minat setiap orang juga berbeza. Begitu juga dengan aku. Dulu memang aku jenis yang tak hiraukan penampilan. Tapi sekarang, perkara yang aku tak suka tu lah yang menjadi kesukaan aku.

Aku bukanlah seorang yang obses dengan make up. Tapi, kalau ada masa aku akan cuba jugalah conteng-conteng muka aku ni. Kawan yang rajin melayan kerenah aku ni biasanya Fatin lah...(tersengihlah dia sebab nama dia kena tulis kat sini).

Kadang tu, bila stress atau serabut dengan macam-macam hal memang itulah kerja kami berdua. Fatin jadi tukang solek. Aku jadi tukang tadah muka @ model (modellah sangat).

Jadi, kami akan berkongsi alat solek. Seterusnya, kami mula merancang solekan macam mana yang kami nak buat. Lagipun, kami bukanlah pandai sangat bab-bab solek-menyolek ni. Tapi, kami boleh dikira sebagai amatur yang dah boleh untuk solek mengikut cara-cara tertentu.

Nak tengok hasilnya??


Sebab ambil gambar tengah-tengah malam, solekan tu tak berapa nampak.

Sebenarnya, banyak lagi gambar dalam galeri aku tu. Tapi, banyak yang tak menjadi sebab mata pun dah mengantuk sangatkan.... Tengah malam main solek-solek, memang taklah nak keluar berjalan-jalan. Lepas siap ambil gambar bagai, cuci muka lalu tidur. 

Aku tak jadikan ini sebagai kebiasaan. Sebab kalau asyik bersolek je muka tu tak elok juga. 

Pesanan : Pastikan muka dijaga sebaiknya agar kekal awet muda. Elakkan mengenakan solekan 24 jam kerana muka juga perlukan pengudaraan yang baik. Perlu dijaga kebersihannya.


Sekian dulu coretan aku disini. Moga korang tak jemu baca blog aku ni. Tengah belajar kemahiran berceritalah katakan. Jadi, moga bertemu lagi. Assalammualaikum semua...

Salam sayang,
Shuhada Azhar.

BBM 3410/18 : KITA BELAJAR ATAS TALIAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua kawan-kawan. Moh baca coretan aku sikit. Ini berkaitan hal akademik aku. Kiranya tentang kelas multimedia akulah....

Sebelum tu, korang sihat tak semuanya?? Kalau tak sihat tu, cepat-cepatlah bawa berubat sebabnya sekarang ni macam-macam penyakit yang ada. Sekurangnya kita cuba untuk hindarkan diri daripada penyakit.

Okaylah, tanpa melengahkan masa, aku nak bercerita sikit tugasan yang aku dan para sahabat aku sekalian perlu lalui selepas minggu cuti pertengahan semester. Korang nak tahu tak? Minggu ni Prof aku bagi kelas online. Sebabnya, atas permintaan dari dak-dak UPM katanya (kalau tak percaya boleh baca blog beliau okay...). Lawaklah Prof ni. Dan Prof tersangatlah baik hati.

Tapi, tugasan yang diberikan memang mencabar percutian budak kelas aku yang kuat tidur pagi. Semua meloncat dari katil semata-mata nak bagi Prof kami popular 2 saat.

Apa yang kami perlu buat ialah ambil gambar Prof dari posisi yang cun punya dan post kat Instagram. Selepas itu, bagi kapsyen dan hashtag macam biasa seperti gambar di bawah dan post.

Ini hashtag yang perlu diikut untuk kirim di Instagram.

Masa tengah siaran langsung pagi tu, 80 orang pelajar bertungkus lumus nak tengok Prof. Memang popular sangat Prof masa tu. Aku pun tak ketinggalan ambik shot-shot dari pelbagai sudut sebab nak post dalam Instagram. 

Lantas.......penuhlah gambar Prof dalam telefon bimbit aku tu. Nak tengok bukti???


Ini buktinya yang pertama.


Ini buktinya yang kedua.

Gambar jadi banyak sebabnya aku cuba juga dapatkan pencahayan yang baik dan sudut yang menarik. Berpeluh jugalah nak tangkap gambarnya sebab ada dateline nak post kat Instagram. 

Setelah dimuatnaik di Instagram, debaran yang dinantikan sudah kunjung tiba. Masing-masing menunggu Prof like gambarnya. Siapa dapat like maknanya Prof dapat tengoklah. Mana yang tak dapat tu memang kena berurusan dengan Prof la pula kisahnya.

Kalau dapat like tu perkara biasa bagi aku. Tapi kalau dapat komen tu memang luar biasa bagi aku. Bila nampak komen dari Prof, rasa macam nak melompat je. Tak pernah lagi gambar aku kena komen. Hahaha.  Gembira sangat tu..


Ini post Instagram aku.


Ini bukti Prof like dan komen.


Ini komennya. Berbunga-bunga hati rasanya.

Memang aku suka sangatlah masa ni. Tapi, ada sedikit krisis la masa kelas online ni. Disebabkan krisis tu, kami kena hadirkan diri ke kelas amali pada hari Khamis tersebut. Tapi, tak mengapa. Aku memang belajar redha dengan Prof ni. Aku terima seadanya. Alhamdulillah.

Setakat sini je aku nak cerita pasal akademik aku disini. Nanti jumpa lagi ya. Jangan jemu baca blog aku. Hehehe.. Terima kasih semua. Assalammualaikum....

Salam sayang,
Shuhada Azhar.




Saturday, November 3, 2018

BBM 3410/18 : HOBI KE?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar ya? Bertemu lagi kita di sini untuk membaca nukilan saya. Hihihi.

Okaylah, aku ni nak cerita sedikit tentang latar belakang aku. Bukan semua ya. Sikit je.

Mak aku ada sebuah kedai makan. Nak kata restoran pun tidak, nak kata gerai pun tidak. Cuma yang aku boleh ringkaskan  ialah kedai makan. Mak aku asal dari negara Thai atau dalam bahasa Thai disebut prathet Thai. Jadi, kebiasaannya orang asal dari sana akan membuka kedai makan berasaskan makanan Thai. Paling popular kat Malaysia ni tentulah tomyam. Okay. Cukup sampai situ je siri imbas kembali aku ni.

Nak dijadikan cerita, aku ni bukanlah sejenis orang yang suka memasak dan tak reti memasak pun asalnya. Tapi, aku ni seorang yang memang suka membelek Instagram artis. Antara artis yang aku selalu tengok ialah Zarina Zainuddin yang memang terkenal dengan jualan pulut kuning dia. Kalau tengok memang rasa nak order sekali banyaklah. Lepastu, aku suka juga tengok Instagram Datin Paduka Eina Azman. Eina Azman ni pun seorang yang suka memasak bermacam menu. Kalau nak tahu, Eina Azman ni sama je umur dengan aku, tapi,kalau tengok kepakaran memasak dia, memang fuhhh... asyik nak usha je menu yang dia kongsikan tu. Kalau nak diikutkan memang banyak lagilah artis yang suka kongsikan menu masakan mereka.

Disebabkan video masakan mereka ni lah menyebabkan aku pun suka nak masuk ke dapur dan memasak. Satu lagi, aku jadi terdorong nak memasak sama sebab bahan kat kedai makan i semuanya dah ada.

Masa cuti midsem aku yang beberapa hari tu, aku tak rancang pun nak memasak itu dan ini. Tetapi, disebabkan masa meneman mak membeli barang di pasaraya, aku terjumpa sayur-sayur yang aku rasa nak cuba memakannya. Lalu, aku beli dan bawa balik untuk dimasak.

Jom tengok hasil dia... Tapi jangan pelik sangat tau sebab aku ni bukan penggemar ayam yang setia. Jadi, kalau dalam hidangan aku tak ada ayam pun takpe. Aku muak sikit dengan ayam ni. Maklumlah, dari kecik memang dihidangkan dengan ayam. Lama-kelamaan bosan jugak weh.



Ini semua yang aku hasilkan. Warna hijau tu kacang bendi celur. Atas tu sayur tunas kacang tumis. Bawah tu sambal tempe. Dan yang tepi tu cendawan goreng. Ayam tiada.


Ini cekodok daun kucai lebih yang diminta abah aku. Demi abah yang tersayang, aku bancuh sekilo. Hahahaa

Kalau korang nak resepi, boleh komen di ruangan bawah ya. Kalau ramai yang nak tahu, aku akan post resepi di kiriman post seterusnya. Okay semua??

Salam sayang,
Shuhada Azhar.


BBM 3410/18 : TUGASAN TETAP TUGASAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Jumpa lagi kita disini.

Hari ni aku nak kongsi sikit tentang tugasan Prof yang mewarnai setiap minggu-minggu aku di sini. Pada minggu kelapan ni, kami semua ditugaskan untuk mengambil gambar di kampung. Itu kalau kita balik kampunglah. Kalau ada yang tak balik tu, bolehlah ambil mana-mana gambar yang ada asalkan ada gambarnya.

Aku dan rakan-rakan perlu post 10 gambar di laman Instagram dan mestilah mengaplikasikan teknik-teknik yang kami pernah belajar sebelum ni.

Lepas muat naik gambar tu, kami kena ingat juga hashtag-hashtag macam biasa cuma ada penambahan la... Contoh dia :

Kapsyen (apa-apa je)
Kapsyen dari buku 200 Quotes
mention : @drnormaliza
hashtag/tanda pagar :
#BBM3410
#ProfDrN
#200Quotes
#Minggu8
#Kampungku
#kelakar

Tujuannya adalah untuk memudahkan pencarian di laman Instagram tu jeee....

Nak tengok tak gambar-gambarnya??

Ada bawah ni. Meh tengok..


Sempena Deepavali minggu depan, banyak kolam boleh dijumpai di pasaraya.


Abah aku yang istimewa.


Bawak abah aku jalan-jalan.


Pemandangan di Jalan Pahang KL. Kononnya ni birds eye view lah kan..


Neslo Ais Tabur satuuuu!!!

Aikkk... Kata ada 10 gambar? Mana lagi 5?? (Mesti terdetik dalam hati korang gitu dak??

Kalau nak tengok lagi, bolehlah melawat IG aku. boleh cari n.shuhada_mohdazhar dan tengok yang ada hashtag #Kampungku

Okaylah, kita jumpa lagi di lain masa dengan lain cerita. Moga cuti anda diserikan dengan warna-warni keluarga yang tersayang. 

Salam sayang, 
Shuhada Azhar.


BBM3410/18 : KALENDAR 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan hasil daripada aku belajar membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop. Al...