Saturday, October 27, 2018

BBM3410/18 : SAHABAT SELAMANYA

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar anda ya? Aku ni asalnya tak suka sangat nak menulis, tapi, lepas amalkan petua Prof. Dr. Normaliza supaya tulis 3 post setiap minggu, eh eh eh... Laju je aku nak menaip sekarang ni. Asyik teringat je ke tugasan blog ni. Hahahaha.

Okaylah, aku taknak melencong jauh. 'SAHABAT SELAMANYA'. Sahabat ni berbeza dengan kawan, teman dan juga rakan. 'SAHABAT' adalah salah satu istilah yang amat aku hargai. Istilah yang amat aku sayangi. Dan juga istilah yang aku akan jaga rapi. Aku pernah ada kawan yang akhirnya berubah menjadi  musuh dan akhirnya bertukar menjadi sahabat. Aku pernah ada kawan yang ditemui di jalanan lalu bertukar nombor telefon, saling berhubung dan akhirnya bertukar menjadi sahabat. Aku pernah mempunyai sahabat yang bertukar menjadi lawan lalu akhirnya menjadi sahabat kembali. Aku juga pernah ditikam dari belakang oleh sahabatku sendiri dan akhirnya dia datang kembali untuk memohon kemaafan dan menjadi sahabat aku kembali. Aku juga pernah ada kawan masa kecil lalu dipisahkan kerana keperluan semasa dan akhirnya bertemu apabila sudah dewasa lantas berani berkongsi suka dan duka bersama-sama.

Aku suka bersahabat. Kerana apa yang aku rasakan apabila aku sudah menganggap sahabat, aku dapat berkongsi segala kisah suka duka aku. Aku dapat melepaskan tekanan emosi. Aku dapat meluangkan masa bersama. Aku dapat meminta pertolongan di saat memerlukan. Banyak kelebihan kita menjaga hubungan persahabatan ini. Yang terkadang aku rasakan ada hikmahnya jika kita mengekalkan perhubungan ini.

Hidup aku banyak dipenuhi dengan warna-warni sahabat. Inilah mereka yang sering mewarnai kehidupanku.

AKU SAYANG SAHABATKU SEKALIAN. <3













Salam sayang,
Shuhada Azhar.

BBM3410/18 : PENGALAMAN

Hai dan assalammualikum w.b.t semuanya. Selamat bertemu lagi kita pada hari ini. Okay, hari ini aku nak kongsi sikit kehidupan universiti aku.

Alkisahnya, aku seorang pelajar yang jenisnya setiap hujung minggu nak balik kampung. Tujuan dia bukan sebab aku tak boleh renggang dengan mak abah atau aku anak manja. Tapi sebenarnya aku ni ada seorang abah yang sakit diabetes dan telah kehilangan kedua-dua belah kakinya. Semenjak dia mula-mula sakit sebelum kakinya dipotong, aku dah amalkan untuk balik setiap minggu. Sebabnya, mak aku berniaga kedai makan. Tapi, tiada sesiapa yang boleh diharapkan untuk memandu kereta untuk bawak mak aku pergi beli barang kedai. Aku jadi sedih sebab hari-hari mak aku pergi beli barang naik motor. Kalau ikutkan, memang kena ulang-alik 2-3 kali juga untuk angkut barang. Jadi, aku pun relakan hati untuk balik tiap minggu sambil membantu mak di kedai akupun menguruskan hal-hal abah aku. Tapi, sekarang aku dah kurang balik sebab nak fokus PITA.

Berbalik kepada tajuk utama aku tadi. Aku nak cerita sedikit pengalaman. Selama 7 semester aku di UPM, tak pernah sekalipun aku mencuba untuk kerja separuh masa. Bagi aku, aku sibuk dengan kelas dan tiada masa untuk bekerja sambilan. Aku pun tak bersedia mental dan fizikal untuk bekerja sambilan. Tetapi, apabila aku berada di semester ketujuh, aku rasa seperti ingin mencuba sesuatu yang baru. Aku rasa nak kutip sedikit pengalaman untuk dijadikan tanda ingatan aku selepas tamat belajar nanti.

Ketika semester ini mula berlangsung, aku mencuba mencari pekerjaan yang menerima pekerja sambilan. Akhirnya, rezeki aku datang apabila ada kerja kosong di kafe Serumpun yang memang mencari pelajar yang nak bekerja. Aku pun ambil peluang ini. Lagipun, aku ada kedai makan, jadi, aku rasa mudah je buat kerja kat kafe ni. Alhamdulillah aku boleh terima kerja ni walaupun penat juga. Biasalah tu... mana ada kerja yang tak penat. Fuhhhh

Kemudian, pesta konvo pula datang menggamit diriku. Aku dapat tawaran daripada kawan aku Fezlyanna untuk kerja membuat gubahan bunga orkid bawah WAZAN UPM. Cuba bayangkan, dari semester 1 aku kat UPM sampai dah masuk tahun terakhir, ini baru pertama kali aku melibatkan diri dalam kerja ini. Dah berapa kali konvo, hati aku tak terbuka untuk ikut sama dalam kerja ini. Jadi, aku cuba kutip pengalaman untuk bekerja menggubah bunga ni. Aku sebenarnya bukanlah seorang yang mempunyai tangan berseni. Tapi, atas bimbingan dan tunjuk ajar orang lain, alhamdulillah aku boleh buat. Kata orang, nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Bawah ni aku kongsi sikit gambar aku ketika bekerja. Tolonglah jangan bosan tengok gambar aku ni... Hahahaha...


Seorang amatur yang ingin mencuba buat pertama kali.


Tenaga pengajar kepada diriku.


Keberhasilan.

Setakat itu dulu yang aku kongsikan. Tak sempat ambil gambar banyak-banyak sebab nak belajar banyak perkara. Nanti katanya mengulor pulak. Faham ke mengulor ke apa? Kalau tak faham, boleh buat-buat faham. Nanti aku ajar loghat Pahang sikit-sikit ya.

Assalammualaikum dan bye semua. Moga kita bertemu lagi di lain masa ya? Tolong jangan jemu baca catatan aku ni. Sayang semua. 




Salam sayang,
Shuhada Azhar.

BBM3410/18 : AKU SIBUKLAH


 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar geng? Aku nak kongsi sikit cerita tugasan minggu 7. Fuhh... bukan main tugasan dia. Cerita dia macam ni, tugasan pertama, aku serta ahli kumpulan kena buat video one shot. Kalau korang taktahu apa benda maknanya video one shot tu, silakan tanya Google. Aku malas nak cerita panjang sebab aku pun baru belajar benda ni. Tugasan kedua, disebabkan minggu seterusnya adalah cuti, semua pelajar kena dapatkan 10 gambar ketika di kampung atau kalau sesiapa tak balik tu, tak kisahlah hangpa nak ambil gambar kat mana pun. Syaratnya, gambar mestilah diambil sendiri dan mengaplikasikan cara-cara atau jenis-jenis shot yang kami pernah belajar dahulu.

Okay, sambung cerita tugasan video tadi. Disebabkan minggu depan merupakan minggu cuti pertengahan sem selama seminggu, aku dan geng aku memutuskan untuk menyiapkan tugasan video one shot tu sebelum cuti. Maka, bermulalah kerjasama kami sebagai satu kumpulan yang 'BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH'.

Cehhh... Nampak semangat betul kan???

Kumpulan aku sebulat suara bersetuju untuk memilih rumah tradisional Muzium UPM sebagai lokasi penggambaran video kami. Kami pilih hari dan waktuyang sesuai untuk semua ahli kumpulan datang dan membuat penggambaran video bersama-sama.

Nah aku bagi tengok gambar sepanjang kejadian. Hahahaa... Jangan marah.......


1. Setelah penat berlakon.


2. Semua ahli kumpulan. Lengkap 5 lelaki 5 perempuan.


3. Hussain mendapatkan arahan.


4. Butang baju aku mana Pah??


5. Dee nampak keibuan sangat.


6. Para gadis.


7. Acah-acah berbincang.


8. Dengar taklimat dulu.

Alhamdulillah. Selesai juga video one shot kami kali ini. Terima kasih kerana membaca post aku kali ini. Jumpa lagi yaaa...

Pesanan mesra : Korang boleh tengok video one shot kami di saluran Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=RDw0tF-9Pec


Salam sayang,
Shuhada Azhar.

Saturday, October 20, 2018

BBM 3410/18 : JUMPA ADIK KAMI

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini aku nak kongsi sikit tentang aktiviti aku yang kebosanan di kolej. Kebiasaannya aku akan balik kampung setiap hujung minggu sebab kampung aku dekat je. 2 jam je perjalanan dah sampai. Tapi, disebabkan aku dah amalkan tiap minggu balik kampung dari sem 2 dahulu, sekarang ni aku rasa sudah tiba masanya aku cuba buat benda lain.

Bermula minggu ni aku dah mula buat kerja sambilan di kafe kolej aku. Aku mula bekerja hari Jumaat lalu. Jadi, waktu bekerja aku mengikut kesesuaian dan fleksibiliti aku. Jadi, disebabkan hari Jumaat sememangnya aku tiada kelas, aku masuk kerja pada waktu pagi dan berakhir pada waktu petang. Cerita bermula apabila tengah hari tersebut aku tengah syok bekerja tiba-tiba aplikasi Whatsapps aku berbunyi. Tertera nama 'Sahabatku Dina' yang memulakan perbualan.

"petang nanti free tak?" - Sahabatku Dina

"free je... kenapa???" - Aku

"jom g Shah Alam nak" - Sahabatku Dina

"ehh....boleh sangat... lawat adik ko ke?" - Aku

"okay. Jumpa petang nanti. Aku jemput ko."- Sahabatku Dina"

"Okay dear... Jumpa nanti." - Aku

Tapi, masalahnya sekarang, kata nak jumpa petang akhirnya lepas Isyak juga baru berjumpa kawan aku tu. Fuhhhh.... Macam-macam aku boleh buat sambil-sambil nak menunggu dia.

Setelah tibanya dia di UPM, aku diberi mandat untuk memandu. Gelabah sekejap aku sebab aku tak biasa memandu malam-malam di sini. Nak taknak, aku bawak jela...

Bila dah sampai Shah Alam, terus cari tempat lepak lalu kami makan lewat malam bersama adik-adik kami.

Inilah buktinya...


Kata nak diet tapi.........

Ini adik aku. Jangan fikir lain.

Sebelah sana tu adik beradik juga.

Okay. Cukuplah setakat sini dulu ya. Nanti aku kongsi cerita lain pula. Selamat berjumpa lagi. 

Salam sayang
Shuhada Azhar.

BBM3410/18 : SIMPULAN BAHASA & GAMBARNYA

Assalammulaikum semua. Harini aku nak bercerita mengenai tugasan aku. Tugasan kelas Multimedia haritu.

Kisah dia, setiap kumpulan perlu memilih 10 simpulan bahasa dan tidak boleh sama langsung dengan kumpulan lain. Jadi, setelah selesai membuat pemilihan, kami pun bertempiaran lari mencari tempat untuk mendapatkan gambar yang sama dengan simpulan bahasa tu. Apa yang penting, gambar tu mesti memaksudkan makna simpulan bahasa tu. Maknanya, kami kena dapatkan gambar yang kalau kita tengok je, kita dapat agak dah apa maknanya. Okay, proses memilih gambar dan pelakonnya pun penting dalam tugasan kali ini.

Jom kita sama tengok gambar yang berjaya kami dapatkan. Tapi, cuba korang teka sama-sama tau. Nanti boleh komen kalau korang tahu jawapannya.

Gambar 1 :

Gambar 2 :

Gambar 3 :

Gambar 4 :

 Gambar 5 :

Di atas tadi aku ada cakap 10 gambar kan? Tapi, aku taknak la kongsi semua sekali. Belum rasmi lagi gambar tu. Siapa nak tengok, kita jumpa di kiriman blog yang lain pula ya...

Okay.. Setakat sini dulu aku berkongsi. Nanti jumpa lagi di kiriman yang lain ya. 

Salam sayang
Shuhada Azhar.

BBN 3410/18 : BUANG STRESS

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua sahabat sekalian. Nukilan aku pada hari ini ialah mengenai stress/tekanan. Walaupun semester akhir tak banyak kelas, tapi rasa stress tu tetap ada. Stress dengan pelbagai masalah dan aku kena uruskan sendiri rasa stress ni. Sekarang, aku bukan nak cerita tentang tips-tips menghilangkan stress. Cuma aku nak cerita tentang apa yang aku dah lakukan minggu ni untuk hilangkan stress tu. Dalam kesibukan dan kegawatan pelajar tahun akhir menyiapkan PITA, aku juga termasuk dalam golongan tersebut. Hahaha...

Lantas, aku dengan 2 orang sahabatku mengambil keputusan untuk melepaskan tekanan dalam 'mall'. Kisahnya, kami memilih hari yang tiada kelas dan kami sepakat untuk mencuci mata sambil menjamu selera di sana. Kawan aku teringin nak makan Oden yang dijual di Family Mart.

Tetapi, aku ada rasa bingung sikit. Aku tak tahu Oden tu apa dan macam mana bentuknya. Tapi, bila sampai kat Family Mart tu... Jengg jengg jenggg.. Laaaa.... Oden tu bahan-bahan dia macam yong taufu je. Siapa yang taktahu yong taufu tu bolehlah tanya pakcik Google. Kuah dia pulak kuah tomyam. Aku rasa biasa-biasa je. Maka, bertemulah seorang Shuhada dengan Oden.

Terlepaslah stress aku bila bertemu makanan. Terima kasih buat sahabat aku yang belanja. Bawah ni aku kongsi sikit gambar-gambarnya.

Aiskrim MacDonalds je yang mampu.

Sebelum makan.

Saya!!


Inilah Oden!!

Okaylah. Sekian dulu dari aku. Nanti tengok kiriman blog yang lain pulak ya.

Nota kaki : Walaupun oden tengah popular di Familymart, masakan kampung juga yang mampu menawan hatiku.
Salam sayang dari
Shuhada Azhar.

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Bazar/Bazir di Serumpun

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang Bazar Serumpun yang menggamit duit aku tiap kali aku pergi situ. Okay, lokasi bazar tu sebelah bangunan PJSD je. Terletak di kawasan parkir kereta. Jadi, beberapa hari sebelum dibuka, kawasan itu memang akan dikosongkan. Tiada kereta yang boleh parkir di situ.

Jadi, bazar itu berlangsung selama 4 hari. Apa yang menariknya kat bazar tu, ada pelbagai makanan yang menarik. Ada juga gerai menjual pelbagai jenis tudung dan gerai baju-baju.

Selain itu, antara gerai yang paling ramai orang selain  gerai makanan ialah gerai 'bundle'. Aku pun mulalah nak terjebak membeli baju dan seluar di situ. Tapi, kena pandai pilihlah kalau dah namanya baju 'bundle'. Baju saiz aku memang susah sikit nak cari. Tapi, aku berjaya jugaklah dapat 2 helai selepas godek-godek satu persatu. Fuhhh... Duit pun melayang-layang macam dedaunan kering ditiup angin. Tapi, aku tak sempat ambil gambar sebab ramai sangat.

Lepas itu, aku ada jumpa satu tempat jual air ais kepal pelbagai jenis coklat gitu. Aku pun peminat coklat, lalu aku beli lah segelas.

Ais Kepal Aneka Coklat

Bersabar menunggu air aku siap.

Mujurlah 4 hari je bazar ni. Duit aku banyak habis kat sini je. Fuhhh.... Makin sengkek pula rasanya. Lepas ni aku yang kena tutup mata. Hehehe. 

Setakat itu sahaja kisah bebas aku pada hari ini. Kita jumpa lagi di lain masa ya.

Salam sayang dari,
Shuhada Azhar.

BBM3410/18 : AKU, SAHABAT DAN KECANTIKAN 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita pada kali ini. Okay, aku nak cerita tentang sahabat-sahabat aku sebelum aku sentuh tentang kecantikan.

Aku bertemu 6 orang kawan yang boleh dikatakan sekepala. Mula-mula 4 je, yang lagi 2 tu terlambat sikit kenalnya. Jadi, sekarang semua sekali jadi bertujuh termasuk aku.

6 orang dari BLM, 1 orang dari Pengkhususan Bahasa Arab.

Ini dia semua sayang-sayangku. Dari mereka inilah aku belajar sikit-sikit tentang kecantikan. Jadi, kuranglah sedikit muka 'sememeh' aku dulu. Mereka ini suka sangat berhias. Sehinggakan aku boleh ditransformasikannya. Asalnya aku tak pandai melawa tetapi setakat nak tepek-tepek krim, bedak dan sebagainya tu bolehlah.

Okay, aku sebut satu persatu nama sahabatku di sini, Dari kiri Fatin, Fatihah, aku, Etot, Wardah, Angah, dan Fezlyanna. Fatin seorang pendiam, tapi kalau keluar butir bicara dia, habis semua terdiam. Fatihah pula jenis pendiam sikit, cek mek Kelate la katakan dan agak tinggi. Dia atlet sukan sofbol. Aku? Tak perlu ceritalah. Etot pula, mulut dia agak pedas tapi sifat kelakar tu ada. Satu lagi, bila keluar loghat Pahang dia, mengekek aku ketawa. Wardah pula, seorang pelajar bahasa Arab. Memang susah nak jumpa dia di fakuklti. Sudah tentulah sebab berlainan kursus. Angah, seorang atlet UPM. Sibuk memanjang dia ni. Kalau bab makan pagi sebelum kelas memang kami berdua la yang rajin. Satu lagi, kami suka menonton cerita seram. Akhir sekali Fezlyanna. Dia ni orang Sabah. Memang dia paling pekat bercakap Sabah. Jenis yang tegas dengan keputusan sendiri. Kadang-kadang aku boleh geleng kepala je.

Dalam hal kecantikan, Etot dan Fatin memang suka mengubah suai rupa aku. Selain itu, mereka berperanan sebagai penentu fesyen aku. Fatin salah seorang yang suka menconteng muka aku. Nak tengok hasil seni Fatin pada muka aku?


Ada bawah ni.

Hasil 1 - Solekan Wajah

Hasil 2 - Solekan Wajah

Hasil 3 - Gaya Tudung

Sebenarnya banyak lagi hasilnya. Tapi, tak ingat dah mana gambarnya kusimpan. Nanti kalau terjumpa, aku kemas kini balik. Assalammualaikum dan selamat berjumpa lagi semua. Jumpa di penulisan seterusnya ya...

Salam sayang dari
Shuhada Azhar.


BBM3410/18 : Episod Minggu Ke-5

Hai dan assalammualaikum semua pembaca setia. Okay, hari ini aku nak bercerita sedikit tentang minggu ke-5 aku di UPM. KIsahnya pada minggu ini, pada hari isnin yang lalu, aku dan rakan-rakan diberikan tugasan tentang fotografi lagi. Tapi, kali ini kami dapat kerja ambil gambar yang berbeza. Aku tak sangka sebenarnya ada banyak cara ambil gambar bagi nak dapatkan hasil yang cantik. Jadi, pada minggu ni, Prof aku ajarlah serba sedikit cara-caranya. Sebelum tu, aku komgsikan sikit nama-nama yang agak janggal aku dengar ni ya.

Jenis-jenis Flat Lay
1. Flat Lay
2. Half Flat Lay
3. Quarter Flat Lay
4. Zero Flat Lay

Selepas selesai mendapatkan beberapa arahan, kami perlu menunjukkan proses kepada Prof dahulu sebelum mula mencari tempat dan menangkap gambar beberapa produk. Berikut merupakan proses kami di dalam kelas.

Kami bekerjasama untuk memahami tugasan yang diberikan. 

Setelah selesai menunjukkan proses di dalam kelas, kami beredar keluar untuk menyambung tugasan mengambil gambar produk. Jadi, aku nak belanja sedikit gambar-gambar yang berjaya diambil. Ayuh saksikan..

1. Flat Lay.
- Gambar ini diambil betul-betul dari bahagian atas produk. Tidak senget sama sekali. Gambar ni jadi pilihan aku sebab saja nak tunjuk sempena 'birthday' Prof yang ke 57. Selamat Hari Lahir Prof....

Flat Lay

2. Half Flat Lay
- Gambar ini di ambil secara senget 45 darjah daripada gambar 'Flat Lay' tadi. Berikut adalah gambarnya.

Half Flat Lay

3. Quarter Flat Lay
- Gambar jenis ini di ambil separuh daripada 45 darjah. Jadi, gambarnya seperti berikut:

Quarter Flat Lay

4. Zero Flat Lay
- Gambar ini diambil apabila kedudukan kamera betul-betul di atas lantai. Contohnya berikut :

Zero Flat Lay

Itulah perkara yang aku pelajari bagi minggu ini. Kata Prof, ini kelas fotografi terakhir. Berdebar pula aku untuk tugasan minggu depan. Rasa seram sejuk je ni. Hihihi... Okaylah, aku nak cerita benda lain pula di 'posting' seterusnya. Assalammualaikum dan selamat berjumpa lagi.....

Salam sayang dari 
Shuhada Azhar.




Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : AKU, SAHABAT DAN KECANTIKAN 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Apa khabar semuanya? Sihat atau tidak? Dah makan ke belum tu? Okay, malas nak tanya banyak. Aku tahu semuanya jawab dalam hati kan?

Okay, tanpa membuang masa, aku nak berkongsi sikit tentang diri aku. Aku sejenis perempuan yang dahulunya tak hiraukan kecantikan. Asal ada pencuci muka, bedak talkum, tepek-tepek je dah siap. Pakaian pun endah tak endah je kesesuaiannya. Masa semester satu dulu memang berbeza sangat berbanding sekarang. Banyak pula aku nak imbas.

Okay, berbalik kepada cerita asal, aku memang seorang yang tidak pandai bergaya, asalkan ada saja, dan bersifat sempoi. Kalau aku ambil subjek dengan Prof masa tu agaknya, mungkin aku diubah sendiri oleh Prof. Hahahaaha. Maklumlah, Prof sangat mementingkan imej seseorang. Katanya penampilan itu penting untuk memberi keyakinan diri dan buat orang yakin dengan kita. Memang lawak habis kalau aku tengok gambar tahun pertama dulu. Tapi, aku gembira je dengan kehidupan aku.

Pada masa yang sama, aku selalu berdoa agar dikurniakan kawan-kawan yang baik dan dapat menerima aku seadanya. Maklumlah, memang jenis yang tak mementingkan kecantikan, jadi, aku akan semberono je dalam berpakaian untuk penampilan harian.

"Aku pun terfikir juga ada ke sesiapa nak berkawan dengan aku?"

Tapi alhamdulillah, dalam keseorangan aku di sini, Allah pertemukan aku dengan kawan-kawan yang semakin hari semakin rapat hari demi hari.

Aku bersyukur sangat sebab dengan kehadiran mereka inilah aku melakukan transformasi yang besar dalam diri.

Mereka jugalah yang memperkenalkan aku dengan produk-produk kecantikan yang dapat menjaga kulit muka dan mereka juga mengubah cara berpakaian aku. Syukur alhamdulillah. Bermula dari situlah, aku memberanikan diri dengan melakukan transformasi pada diri sendiri.

Di sini aku nak berkongsi gambar sahabat-sahabat aku yang sentiasa ada bersama aku.

Semester 5.

Selepas tamat peperiksaan.

Muka menahan perasaan sebelum menjawab peperiksaan.

Seterusnya, aku belum masuk bab-bab kecantikan yang dipengaruhi oleh kawan-kawan aku. Sebenarnya aku bukanlah jenis yang tetap setia dengan sejenis jenama sahaja. Aku mencuba satu demi satu produk kecantikan bagi melihat keserasian antara produk tu dengan kulit aku.

Mesti ada yang nak tahu apa produk yang aku amalkan betul tak? Aku rasa dah panjang sangat aku coretkan di sini, nantikan kiriman blog aku yang seterusnya boleh? Sabar ya sabar. Jangan kecam pulak. Jumpa nanti. Assalammualaikum dan nantikan tulisan aku yang seterusnya.

Salam sayang daripada
Shuhada Azhar.

BBM 3410/18 : KEMERIAHAN PESTA MAKANAN DI UPM

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Bertemu lagi kita pada kali ini bagi membaca coretanku berkaitan tajuk di atas.
.
.
.
MAKANAN.

Sememangnya makanan dengan masyarakat Malaysia tidak dapat dipisahkan. Negara kita memang meriah dengan kepelbagaian makanan dari pelbagai negeri. Pada 26/9/2018 yang lalu, Muzium Warisan UPM telah menganjurkan Pesta Makanan Tradisional yang bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Sepanjang pesta itu berlangsung, aku dan juga teman-temanku mengambil kesempatan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Pada waktu pagi, ucapan alu-aluan dan perasmian diadakan di CALC. Ucapan alu-aluan dilakukan disampaikan oleh Puan Rahimah selaku wakil fakulti dan seterusnya dirasmikan oleh wakil kementerian KPDNKK.

Program diteruskan berlangsung di sekitar rumah tradisional Muzium Warisan Melayu UPM. Kalau bab makan, aku memang tak boleh tolak. Jadi, aku bersama-sama rakan yang lain perli meninjau satu persatu gerai makanan yang terdapat di situ. Gembira tak terkata sebab perut masih kosong, jualan pula masih banyak. Jadi, aku pun apa lagi, serbu!!! Aku memilih gerai makanan yang menjual lauk-pauk Negeri Sembilan. Boleh tahan sedapnya. Rupa-rupanya gerai tersebut di bawah seliaan Dr. Rohaidah. Lantas, aku memesan nasi putih dan mengambil beberapa jenis lauk yang nampak enak dipandang, lazat dimakan. Seterusnya. sesi mengambil gambar takkan terlepas daripada aku dan kawan-kawan yang lain. Biasalah tu bak kata orang sambil menyelam, minum air.

Seterusnya, perkara yang aku tak sangka bila dapat bertemu cikgu yang pernah mengajar di Giatmara Raub. Betapa terujanya bila jumpa orang kampung sendiri di UPM ni. Tapi, tapi, tapi, sayang seribu kali sayang sebab gambar yang diambil ada masalah sikit. Jadi, gambarnya hilang. Agak sedih sikit sebab teruja tiba-tiba sedih angkara gambar. Nak minta bergambar sekali lagi terasa malu. Jadi, aku memilih untuk mengabaikannya dan nikmati lagi makanan yang ada.

Jadi, selepas aku coret panjang-panjang, aku nak kongsi sikit gambar pada hari kejadian. Jom tengok sama-sama.

Kami mawar-mawar indah bersama Prof.


Baru selesai majlis di Calc dan nak mencari makanan.


Terserempak kumpulan lain.

Bersama model dari kumpulan aku Murnirah Razali.


Aku menikmati makanan dengan seleranya.

Bersama sahabat aku yang sentiasa masuk air.

Aku rasa setakat di sini sahaja aku nak kongsikan. Risau nanti ada yang Tak lalu nak makan, tak lena nak tidur, mandi pun  tak basah sebab tengok muka aku tak henti. Maaf, gura-gurau je ni. Kita jumpa di lain masa ya.


Salam sayang dari Shuhada Azhar.

BBM3410/18 : KALENDAR 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan hasil daripada aku belajar membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop. Al...